Sunday, 8 January 2017

Apa Itu Hormon

APA ITU HORMON !

Apa yang menyebabkan anda merasa haus ketika habis bersenam? apa yang menyebabkan rasa haus itu hilang ketika anda meminum air? atau apa yang menyebabkan Lelaki boleh tertarik kepada wanita dan juga sebaliknya? selain itu siapa yang bertanggung jawab mengendalikan pertumbuhan tubuh hingga tinggi dan berat tubuh manusia pelbagai? Hormon ! Itulah jawapan dari seluruh pertanyaan diatas.
Hormon adalah rembesan endokrin yang bertindak sebagi mesej kepada sistem kelenjar yang akan mengimbangi dan mengawal sistem penting dalam tubuh kita. Rembesan ini melibatkan sistem UTAMA tubuh seperti fungsi organ tubuh, pembesaran, sistem reproduksi , penuaan, kawalan emosi dan tingkahlaku kita.

Ia merupakan sumber penting kehidupan dan fungsi sistem tenaga kita yang mana sistem pengeluaran hormon dari kelenjar terbabit adalah perlu SEIMBANG. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan kesejahteraan hidup, minda dan kerohanian kita 

FUNGSI KELENJAR DALAM PENGELUARAN HORMON

Hormon adalah zat kimia yang boleh menggerakan tubuh sebagai respon agar kestabilan tubuh terjaga.Hormon juga berasal dari bahasa yunani, iaitu hormaen yang artinya menggerakkan.Hormon juga sejatinya adalah zat yang hanya ada sedikit di dalam tubuh namun tak diragukan lagi fungsi dan kegunannya. Hormon dapat mengendalikan proses pertumbuhan, pembiakan, metabolisme, imuniti dan pola hidup manusia sekalipun.Kerana pentingnya fungsi hormon, hormon dihasilkan langsung oleh tubuh, tubuh merembeskan hormon melalui dua kelenjar, kelenjar endokrin dan kelenjar eksokrin. Apa perbezaannya? endokrin merembeskan hormon keseluruh tubuh dengan bantuan darah untuk mengedarkan, sementara eksokrin memerlukan saluran eksklusif untuk mengedarkan hormon.Hormon juga sejatinya adalah zat yang peka terhadap rangsangan, contohnya hormon adrenalin, insulin, atau testosteron yang merupakan hormon seks pada manusia.

Dalam tubuh manusia, terdapat beberapa jenis kelenjar endokrin untuk menghasilkan hormon, mereka adalah:

KESAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON DALAM TUBUH KITA

Kehidupan harian kita hari ini banyak terdedah denganpelbagai ancaman seperti pencemaran, bahan kimia, ubat-ubatan, amalan pemakanan tidak sihat, tekanan hidup yang mana semua ini telah menganggu ketidakseimbangan hormon dalam tubuh dan akhirnya membri kesan negatif dalam kehidupan kita untuk tempoh jangka panjang 

KESAN KEPADA WANITA

•Fisiologi (umur 20 tahun)
–Muka jerawat, tumbesaran terbantut, sengugut, haid tak teratur
•Wanita hamil (30 tahun)
–Kurang subur, sukar hamil, imsonia, lemah , cepat letih, kulit cepat berkedut, muka kelihatan tidak
ceria, kulit kusam dan lain-lain
•Pertengahan umur (40 tahun)
–Payudara kendur, sakit sendi dan otot, tangan dan kaki cepat sejuk, pigmentasi kulit, artritis
•Menoupous (50 tahun ke atas)
–Gout, cepat berpeluh, suka marah, emosi, suka berleter, cepat stress, muka kedut yang ketara,
rambut gugut dll

KESAN KEPADA LELAKI

•Fisiologi
–Mudah letih, kaki dan tangan sejuk, tidak bertenaga, sembelit, kurang selera makan, turun berat
badan, sakit otot dan sendi, kekejangan
•Psikologi
–Kurung tumpuan, murung, kurang daya ingatan, celaru, sensitif, mudah marah, imsonia
•Seksual
–Mati pucuk, kurang ereksi, kurang sperma, nafsu seks lemah
•Fungsi ginjal
–Sukar buang air kencing atau sering kencing, sukar kawal dan kuantiti air kencing tidak menentu
•Sistem kardiovaskular (jantung)
–Sakit kepala, sering berpeluh sejuk, denyutan jantung kencang, sejuk kaki dan tangan
Hormon tidak seimbang pada wanita merupakan satu perkara yang sering kita abaikan.. Sebenarnya kesannya mampu menyebabkan beberapa penyakit serius. Keseimbangan hormon amat penting agar kita kekal sihat, aktif, cergas dan penuh tenaga. Mari kita ketahui apakah tanda-tanda dan simptom hormon tidak seimbang.

1. Keletihan 
Kekurangan atau terlebihan hormon adrenaline boleh menyebabkan tubuh badan terasa letih.
Adrenaline adalah sejenis hormon yang dihasilkan apabila kita mengalami stress tinggi atau pada keadaan yang mengujakan. Hormon inilah yang menyebabkan degupan jantung lebih laju, meningkatkan aliran darah agar lebih cepat penghantaran oksigen ke seluruh tubuh badan dan sebagainya. Semua ini untuk bertindak dalam menentang stress. Bayangkanlah apa akan berlaku jika kita kekurangan atau terlebihan dalam hormon ini..
2. Berat Badan
Estrogen adalah hormon yang memainkan peranan dalam perkembangan organ dan sistem reproduksi wanita. Kekurangan hormon ini mungkin akan menyebabkan insomnia, keletihan, perubahan mood yang mana akan menyebabkan kepada penurunan mahupun peningkatan berat badan.

3. Hot Flashes  (Gegala rasa panas secara tiba-tiba)
Salah satu kesan hormon tidak balance adalah keadaan 'hot flashes'. Hal ini terjadi kerana tubuh badan didorong untuk membebaskan haba dengan meningkatkan kadar jantung dan pembukaan pada kelenjar peluh. Apa yang mendorongnya? Mungkin hormon yang tidak seimbang, kan??

4. Kitaran Haid Tidak Teratur
Ini sememangnya akan berlaku sebagai tanda-tanda menapos. Namun jika anda berusia 40 tahun kebawah dan kitaran haid tidak teratur, ia mungkin disebabkan hormon tidak teratur. Apa yang menyebabkan kita datang haid, dinding rahim menebal, tumpahan darah, semuanya bergantung pada hormon tubuh badan. Maka ketidak seimbangan hormon sudah pasti salah satu sebab penyebab kenapa period tidak teratur.

Selain dari diatas, terdapat banyak lagi simptom ini termasuklah: 

•Depresi
•Anxiety (rasa cemas)
•Sukar menurutkan berat badan
•Cravings for sweets (Teringin nak makan makanan manis)
•Memory rendah
•Insomnia
•PMS
•Imun sistem lemah
•Infeksi sering berulang
•Senggugut
•Perubahan mood yang kuat
•Rasa nervous atau cepat marah tanpa sebab
•Sakit sendi yang semakin kuat



Testimoni Tyroid


Testimoni Batu Karang